Ada seorang perempuan
tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu
mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa
membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak
memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka
dengan sikap isterinya dan senantiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil
mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata
apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah
kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku
buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu
yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan uang yang banyak kepada isterinya
dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan
menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat
yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu
mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang
rumahnya.
Setelah beberapa hari
kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku uang
yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya
pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan
berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan
membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T.
menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan
duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat
suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya,
ketika itu juga dia bertaubat dan mulai mengerjakan perintah Allah, dan dia
juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
0 comments:
Post a Comment